INFO RINGKAS PERUIM
Persatuan Rangkaian Usahawan Islam Malaysia (PERUIM) adalah sebuah NGO peringkat kebangsaan yang telah diluluskan pendaftarannya oleh pendaftar pertubuhan (ROS) pada 30 Januari 2019 dengan nombor pendaftaran PPM-010-10-30012019.
IBU PEJABAT
No 23-1, Jalan Seksyen 2/9, Taman Kajang Utama, 43000 Kajang Selangor.
Email: [email protected]
Website: http://bit.ly/2me82dl
VISI
Mewujudkan Rangkaian Usahawan Islam Malaysia (RUIM) yang mampu mengumpul dana secara terancang ke arah membudayakan perniagaan, meningkatkan pemilikan asset dan membina jaringan pemasaran di samping memupuk silaturrahim dan ukhuwah di kalangan ahlinya.
OBJEKTIF
i. Meningkatkan pemilikan aset ahli
ii. Membudayakan perniagaan
iii. Menguatkan ukhuwah dan silaturrahim
iv. Membina rangkaian perniagaan yang saling melengkapi
SEJARAH PENUBUHAN PERUIM DIASASKAN OLEH
DR. HJ. OTHMAN BIN SODIKIN
i. Memikir Isu Ummah & Generasi Muda – 2003 sempena kajian PhD
ii. Penulisan Kertas Cadangan, Model MoKEIM dan MoCAB -2004
iii. Penubuhan Syarikat Berkat Muafakat (BeMUSTPro) sebagai pendaftar -2015
iv. Penubuhan Pusat Jaya Diri Insaniah (PULAJADIN) - 2016
v. Seminar Model MoKEIM & MoCAB, Intekma Resort, UITM - 31 Dis 2017
vi. Pendaftran Koperasi Keluarga Satim Bangi Berhad, contoh operasi - 2018
vii. Pendaftaran PERUIM – 30 Januari 2019
viii. Pembinaan Pejabat & Pusat Muafakat PERUIM (PMP) - 2019
ix. Taklimat & Pendaftaran ahli TERUS secara online - 2019
x. Penubuhan Unit RUM Penggerak, 8 Dis 2019
SYARAT KEAHLIAN PERUIM
i.. Warganegara Malaysia berumuir 18 tahun ke atas, berugama Islam yang memohon secara sukarela
ii. Dicadang serta disokong oleh dua orang ahli cawangan/ JK Negeri/ JK Pusat - Sila hubungi jawatankuasa penaja
iii. Menandatangani aku janji dan peraturan keahlian persatuan di dalam buku keahlian yang akan diterbitkan
iv. Mengumpul dana simpanan tetap bulanan masing-masing selama setahun mengikut kemampuan
v. Memperbaharui simpanan tetap setiap awal bulan Januari bagi tahun berkenaan
JENIS KEAHLIAN
i. Ahli sesuatu keluarga (keutamaan) atau
ii. Ahli masyarakat setempat peringkat taman/ blok/ apartmen/ surau/ masjid dan lain-lain atau
iii. Ahli sepejabat seperti sekolah, madrasah, agensi kerajaan/ swasta dan lain-lain atau
iv. Ahli sefahaman dari sesuatu NGO, parti porlitik, MLM atau
v. Ahli perniagaan yang telah mempunyai perniagaan tetap* atau
vi. Ahli VIP iaitu khas daripada para jutawan*
( *boleh didaftar secara individu)
Setiap jenis keahlian akan membentuk kelompok unit masing-masing (kecuali ahli perniagaan dan ahli VIP). Sesuatu unit hendaklah mengandungi antara 10 - 50 ahli.
PROSES PENDAFTARAN:
i. Pendaftaran dibuat pada mulanya secara individu. Kemudian ahli diminta atau dijemput menyertai unit RUIM yang ditubuhkan. Setiap unit antara 10 - 50 orang ahli.
ii. Ahli Perniagaan dan Ahli VIP boleh didaftar secara individu. Bagaimanapun mereka boleh juga memilih pendaftaran kelompok
iii. Pendaftaran kelompok/ unit dilakukan oleh seorang PENAJA yang ditauliahkan/ dilantik oleh pendaftar persatuan (BeMUSTPro Entp)
iv. Hubungi Setiausaha Agong untuk pendaftaran PENAJA secara individu untuk mewakili kawasan parlimen masing-masing
v. Pendaftaran adalah mengikut cawangan/ parlimen. Seramai 20 orang atau lebih ahli berdaftar di Parlimen tersebut layak menubuhkan satu cawangan.
vi. Jika cawangan belum ditubuhkan, JK Pusat/ Negeri/ Cawangan berhampiran layak menjadi pencadang permohonan
vii. Pada masa ini, pendaftaran dibuat secara online melalui borang daftar yang sediakan. Sila klik link untuk mendaftar sebagai AHLI TERUS.
YURAN PENDAFTARAN & KEAHLIAN:
i. Yuran pendaftaran setiap ahli - RM10.00
ii. Yuran Ahli Seumur Hidup - RM100.00, dibayar ketika mendaftar
iii. Yuran tahunan - RM40.00, dibayar setiap awal tahun (Jan - Mac)
STATUS KEAHLIAN:
i. AHLI BERDAFTAR - Mendaftar menjadi ahli, mempunyai kod ahli, menandatangani perakuan & mempunyai buku keahlian
ii. AHLI PEMODAL - Sebagai Ahli Berdaftar dan membuat caruman simpanan bulanan mengikut model MoCAB
iii. AHLI USAHAWAN - Sebagai Ahli Pemodal dan melaksana projek-projek perniagaan/ ahli yang telah mempunyai perniagaan
iv. AHLI AKTIF - Sebagai Ahli Usahawan dan terlibat sebagai jawatankuasa PERUIM di mana-mana peringkat
v. AHLI PENAJA - Ahli Berdaftar yang memohon sebagai penaja untuk mendaftarkan Unit RUIM keluarganya atau unit-unit lain.
vi. AHLI VIP - Ahli kehormat yang menyedia dana untuk mencukupkan modal bagi sesuatu projek perniagaan atau memberi sokongan moral dengan kedudukan atau pangkat yang disandang.
LANGKAH PENDAFTARAN:
1. Memahami hala tuju PERUIM. Rujuk website untuk maklumat tambahan.
2. Membuat pra pendaftaran dengan klik butang Buy Now di bawah
4. Mengisi dan menghantar borang online. Sila klik di sini.
5. Menunggu kelulusan SU Agong PERUIM melalui e-mail/ WhatApps
6. Membuat bayaran pendaftaran melalui invois diemailkan
7. Nombor keahlian dan perlembagaan PERUIM dihantar melalui email
8. Menubuhkan Unit-unit RUIM, terutama unit RUIM keluarga.
SELAMAT MENDAFTAR SEBAGAI AHLI PERUIM
DR. HJ OTHMAN SODIKIN
SETIAUSAHA AGONG PERUIM